Archive for March, 2010

Kisah seorang pekerja baru.

Mar 31 2010 Published by Mieya under Work

Hello selamat pagi / tengah hari / petang. ” Itulah rutin harian aku sekarang. Mengcall orang, menjawab call dan banyak lagi.

Sebagai seorang pekerja baru, pengetahuan aku tentang kerja adalah ditahap zero. Bila dah zero, rasa macam rendah diri sangat tauu. Semalam first day aku kerja. Tapi takda lah terus buat kerja sebagai telemarketing. Semalam banyak lepak je kot. And petang ada briefing dengan bos. Tapi seriosly semalam rasa macam boring gila. Sampai cakap dengan parents nak berhenti kerja bila bangun pagi tadi nak pergi kerja. Isk.

Tapi hari ni, perasaannya lain dari perasaan semalam. Hari ni sangat menyeronokkan! Sebab dah mula kerja sebagai seorang pekerja yang betul² pekerja. Lunch pun tak berseorangan dah. Ehem ehem ehem ^.^.

Ramai jugak tanya, apa telemarketing tu? Kerja dia lebih kepada telefon lah. Akan call orang dan terima call dari orang. Tapi bukan tu je, aku ni kira bila masuk je office and bukak pintu, akan nampaklah muka teletubies. Aku la tu. HA-HA-HA. Bila ada fax or surat masuk, aku jaga. Kalau ada orang nak beli barang and resit semua aku jaga. Tandatangan aku pun berharga tau dalam office tu. Dont play² okay. Hak hik huk. <~ Gelak yang tak berapa nak gelak.

And yayy, hari ni aku berjaya buat 63 calls. Banyak tak banyak? Best tauu main call² ni, aku suka. Lepas tu tadi buat pertama kali aku bermesyuarat. Heh first time bermesyuarat, mesyuarat pentadbiran pulak tu. Actually aku pun tak sangka akan dapat jawatan sebegini, bagi aku cleaner pun dah okay dah. Tapi itulah rezeki nama dia.

Apapun, aku rindu kawan² dekat blog ni haa. Rindu sangat okay. Betul, tak tipu.

19 responses so far

Macam mana nak menarik perhatian wanita?

Mar 30 2010 Published by Mieya under Lifestyle,Tips

Banyak sebenarnya benda dan tips² yang boleh dilakukan untuk menarik perhatian wanita. So jum kita terjah! HA-HA-HA.

:1 Lindungi lah wanita kalau dia dalam kesusahan kerana sesungguhnya wanita ni adalah golongan yang lemah.

:2 Jangan halang apa yang wanita ingin buat. Set dalam fikiran, mesti ada sebab kenapa wanita buat macam tu, dan anggap je apa yang wanita tu buat adalah atas kepuutusan dia sendiri. Mesti dia dah fikir kan kesan negatif dan positif bila dia buat keputusan macam itu.

:3 Jaga maruah wanita kerana sesungguhnya seorang jejaka yang menyayangi dan menyintai wanita tak akan sanggup untuk merosakkannya.

:4 Jangan paksa wanita ikut suruhan jejaka je. Kerana wanita bukan lah seorang robot yang dicipta untuk dikawal oleh jejaka melainkan telah ada ikatan yang sah.

:5 Jangan terlalu pentingkan kawan berbanding wanita kerana wanita seorang insan yang sangat positif dan cepat terasa, contoh terdekat ialah mieya. Eh bukan mieya yang ni, mieya lain. HA-HA-HA.

:6 Sekali-sekala tunaikanlah apa yang wanita inginkan, buat dia rasa gembira dan binalah sebuah taman cinta dalam hati si dia kalau boleh.

:7 Jangan sesekali lupa akan tarikh² penting seperti hari ulangtahun dan hari lahir.

:8 Kalau mampu, buatlah kejutan supaya wanita akan lebih rasa dihargai.

:9 Elakkan buat sesuatu yang wanita tidak suka kerana sekali jejaka melukai hati wanita, kemungkinan anda tidak akan dipercayai seperti mana mereka mempercayai anda sebelum ini.

:1 :0 Kalau boleh, bawak lah wanita berjumpa dengan keluarga jejaka supaya si dia merasa lebih dihargai dan boleh menggunakan kesempatan ini untuk merapatkan lagi hubungan silaturrahim. Wewiiit.

Tips² ni semua ikhlas dan tulus dari hati aku sebagai seorang wanita. Aku percaya, sikap wanita tak banyak bezanya antara satu sama lain. Kan kan? So boleh lah jadikan tips ni sebagai rujukan pada masa akan datang. Selamat mempraktikkan. HA-HA-HA.

15 responses so far

Update secara ekpress macam kereta api ekspress.

Mar 30 2010 Published by Mieya under Personal,Work

Selamat malam. Eh pagi lah kan sebab dah pukul 12.50 am. Isk selalu tau keliru pagi ke malam, petang ke malam. Heh.

Entry kali ini ditaip secara ekspress. So korang kena baca secara ekspress jugak lah, baca dengan menggunakan sekali nafas saja. Kalau lebih nanti kena cirit-birit. HA-HA-HA not nice betul kan.

Mulai esok, eh hari ni lah kan, aku bukan lagi seorang penganggur dan penternak lemak yang berjaya. Cukuplah aku pegang title tu selama 3 bulan setengah. Cukuplah, at least berpengalaman dan dapat jugak merasa kan?

Mulai hari ni,  aku akan jadi seorang pekerja yang berjaya. Berjaya tu belum dikenal pasti lagi, tapi pekerja tu memang dah pasti. Yayyy! Aku akan bekerja sebagai telemarketing di sebuah office kawan ayah aku. Happy ada, debar pun ada. Yela first time bekerja kan. Hope semuanya berjalan lancar lah.

Waktu kerja adalah dari pukul 9 am – 5 pm. Tu kalau takda OT lah. Kalau ada maybe paling kejap sampai pukul 7.30 pm. And jujur-sejujurnya, aku pun taktau bila aku boleh online. Balik kerja mesti dah penat kan. Malam pulak depends lah, kalau abah guna pc so aku tak online lah. Tapi aku akan cuba sedaya upaya dan terdaya untuk mengupdate.

Okay lah nak tidur. Kita jumpa di lain hari dan masa, insyaAllah. Sayang korang semua! Jangan lupa mieya tau! Siapa rindu aku, aku rindu dia balik. HA-HA-HA.

Lots of love kiss and hug,

Mieya.

Related Posts with Thumbnails

18 responses so far