Archive for April, 2010

Nak pergi belajar dah T___________T

Apr 30 2010 Published by Mieya under Family,Happy,Love,Study,UiTM

“Mieya dah macam burung hantu sebab waktu malam je ada, siang takda” bak kata Kak Ynn. HAHAHA. Korang kena faham, siang kerja. So malam je lah masa untuk aku online.

Alhamdulillah sangat sebab dapat. Sekarang ni happy ada, sedih ada. Aik aik kenapa sedih? Sedih sebab nanti berjauhan dengan family. Nanti kalau rindu family macam mana, kalau rindu pakwa macam mana? T_____________T

Okay memang kena lah berhenti kerja hujung bulan 5. Sayangnya nak berhenti kerja. Dah lah kerja best, officemate lagi lah double triple best.

Congrats untuk sesiapa yang dapat IPTA tu. Meh la share, korang dapat mana? :)

28 responses so far

Petanda jodoh kita

Apr 29 2010 Published by Mieya under Love,Tips

Jodoh adalah ketentuanNya, tapi bagaimana hendak mengetahui jika si dia memang ditakdirkan untuk diri kita? Berikut beberapa petanda yang dia adalah jodoh anda.

:1 Kekasih anda itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, percakapan, ketawa serta makan dan minum. Adakah ia spontan, tidak dikawal atau kelihatan pelik? Kalau dia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia memang sedang berlakon. Tetapi apabila dia bersahaja, dia mungkin calon hidup yang sesuai.

:2 Senang bersama. Walaupun selalu bersama, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu atau tertekan pada diri anda. Anda sentiasa tenang, gembira dan dia juga menjadi pengubat kedukaan. Apabila berjauhan, rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang atau malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

:3 Terima kita seadanya. Dia tidak mengambil kisah siapa anda sebelum ini, yang penting, siapa anda sekarang. Dia juga sedia kongsi kisah silamnya. Tidak perlu berahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

:4 Sentiasa jujur. Dia tidak kisah apa yang anda lakukan asalkan tidak menyalahi hukum² agama. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Anda dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan sentiasa bersama anda.

:5 Percaya mempercayai. Setiap orang ada rahsia tersendiri. Ada kalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung.

:6 Senang bekerjasama. Segala kerja yang dilakukan perlu ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing². Ini penting untuk masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar untuk hidup bersama.

:7 Fahami diri pasangan. Semasa anda sakit, dia bawa ke klinik. Semasa anda berduka, dia menjadi penghibur. Apabila susah, dia menjadi pembantu. Dia sentiasa bersama dalam sebarang situasi, tidak kira gembira atau berduka.

:8 Tampilkan kelemahan. Tiada siapa yang sempurna. Bagi si dia yang bersedia menjadi teman hidup, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya. Malah dia tidak segan mempamerkan keburukannya.

:9 Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Tuhan deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami  perasaan pasangannya. Anda dan dia dapat membaca fikiran antara satu sama lain.

Kita hanya mampu berusaha dalam meilih yang terbaik. Dengarlah kata hati dan buat pilihan. Serahkan segalanya pada ketentuan Yang Maha Berkuasa.

Credit : Metro.

8 responses so far

Dalam dilema

Apr 28 2010 Published by Mieya under Pendapat,Personal,Study,Work

Gemok gemok gemok. Tak sukaaaaaaaa! T___________________T

Sebenarnya aku tengah dalam dilema, fikir pasal masa depan. Eh bukan nak bertunang atau kahwin eh, bukan. Ni pasal kerja dan belajar. Jangan risau, kalau aku nak bertunang or kahwin nanti confirm aku bagitahu and jemput :P

Aku keliru sekarang ni. Kalau dapat UPU nanti, aku akan pergi sambung belajar dalam bulan Julai. So yang mengganggu fikiran aku sekarang, patut aku berhenti kerja bulan Mei or bulan Jun? Kalau berhenti bulan Mei, bulan Jun tu boleh lah aku rehat² sikit.

Tapi serious aku cakap, aku sayang kerja tu. Sayang gila! Rasa macam taknak smbung belajar nak terus kerja je. Tapi mama cakap, jangan nak ngada², ingat gaji sekarang ni cukup untuk kegunaan masa depan?

Macam mana ey? Confuse ni. Boleh bagi pendapat takk? Bulan berapa eh patut aku berhenti? Please please pleaseeee.

Gajii oh gajiiii bila nak masuk niiiiii?

Related Posts with Thumbnails

29 responses so far