Archive for May, 2010

Terima kasih daun keladi

May 31 2010 Published by Mieya under Friends,Memories,Work

Hari ni, hidup aku akan kembali seperti dulu² di mana aku boleh online sesuka hati, bangun tidur sesuka hati, makan sesuka hati, tengok tv sesuka hati dan macam² lah aku boleh buat secara sesuka hati.

Dukacita dimaklumkan aku dah berhenti kerja. Kenapa dukacita? Sebab aku sedih nak berhenti, sedih nak tinggalkan office, sedih nak tinggalkan kawan² kat situ and sedih nak tinggalkan semuanya yang ada dekat situ. Pengalaman bekerja mematangkan aku, dan aku takkan lupa semua tu. TAKKAN.

Mari aku jamu korang semua dengan gambar² yang boleh ditonton. Kenangan lain akan disimpan di dalam hati sebab tak boleh nak ditontonkan di sini melainkan ambik hati, potong dan tampal kat entry ni. HAHA.

Ohh tak boleh blah gambar yang last sebab nampak sangat perbezaan ketinggian disitu T_____T Takpe², yang penting aku paling muda dalam office tu (Perlu ke bagitahu)

Terima kasih semuaaaa! Sayang korang <3

22 responses so far

7 things

May 30 2010 Published by Mieya under Life,Personal,Santai

Hello. Hujung minggu ni korang pergi mana je? Mesti pergi jalan² kan. Aku? Duduk rumah je. Tengah p****d pain ni haa. So jangan harap lah aku boleh berjalan-jalan. Dalam mimpi boleh lah, tu pun kalau mimpi pergi jalan² la.

Okay sekarang kita kena update secara laju² tanpa berhenti sebab kena cepat. Sakit perut aku nak menaip. Duduk salah, baring salah semua salah. Aik apesal guna perkataan salah? Bukan sakit ke? Haa memang sakit yang patut aku guna tapi kan tadi aku cakap nak update secara laju² tanpa berhenti so kalau ada typo memang tak boleh tekan backspace. HAHA melampau.

Hari ni kita buat entry santai yang bertajuk 7 things tentang aku. Kenapa 7 things kenapa bukan 8 9 10 things? Sebabnya lagu yang ada 7 things je. Yang 8 9 10 belum ada lagu lagi. So kita buat entry ikut tajuk lagu 7 things dari Miley Cyrus yee :P

:1 Aku ni kadang² pemalas.

Aik kadang², bukan selalu ke? Boleh lah dikatakan selalu jugak. Jangan taktahu, buat air pun malas kau tahu, lagi² bila tengah online jangan harap lah boleh angkat punggung dari laptop ni haa. Selalu aku order kat adik aku je nanti dorang buatkan. Nanti kalau dorang taknak buat, aku akan suruh gak sebab aku kan kakak. HAHA.

:2 Online, makan, tidur.

Ni je la aktiviti aku hari². Dulu masa kerja aktiviti aku kerja, makan, tengok tv. Ni dah berhenti memang online, makan, tidur je lah. Lagi² dulu time kerja selalu bangun awal. So lepas ni haruslah qada’ balik semua tido aku yang kurang. Tak senonoh gila kan?

:3 Makan memilih.

Dah lah kuat makan, makan memilih pulak tu. Isk isk. Kalau nak tahu, aku tak suka sardin dengan putu mayam. Sekarang, aku tengah in love dengan ice blended yang ada jual dekat depan kedai CD. Sedap weh. Ada perisa honey dew, mangga, strobeli (strawberry), mocha, cappucino, lychee dan macam² lagi lah. Memang sarang tengah gila benda ni. Masuk hari ni, dah 4 hari berturut² aku minum ice blended kat kedai tu. Sampai tauke kedai tu dah cam muka aku, tapi tak jugak bagi diskaun. Cis.

:4 Ada duit, nak beli.

Kalau tengah jalan², nampak baju, kasut and beg cantik mesti nak beli. Mula² pancing mama dulu, kalau mama cakap tak payah, terus cakap takpe lah ma, orang ada duit. HAHA. Boleh dikatakan seminggu sekali mesti beli baju lagi² time kerja dulu. Baju banyak, tapi time nak ambik baju susah bebeno taktahu nak pakai baju apa.

:5 Tak pandai masak.

Haa ni statement berani mati nama dia. Aku memang tak reti masak. Kalau masak air, nasi,and manggi tu boleh la. Sape yang nak kahwin ngan aku? Tapi nanti tiap² hari makan maggi je lah. Boleh? HAHA habis semua lelaki lari terus!

:6 Nak kurus tapi sampai sekarang tak kurus.

Camana nak kurus kalau makan je? Kalau cam ni memang kau takkan kurus lah Mieya! *Cakap ngan diri sendiri*

:7 Sayang kekasih hati sampai mati.

Dah ada kekasih hati yang asyik nak ber’sms’ doplohpatjam, makan nak sama² walaupun jauh. Gedik gila kan tapi kesah apa yang penting kitorang bahagia. Tapi tak lama lagi aku nak masuk U, kekasih hati kena tinggal dekat sini je. Sedih gila wehhhhhhhh! Harap kasih sayang and cinta aku dan dia lepas masuk U akan kekal and sama macam mana sebelum aku masuk U. I love youuuuuu! <3

Dah cukup 7 things. Bye dan selamat hari ahad.

8 responses so far

Selamat hari lahir Mama yang tersayang

May 29 2010 Published by Mieya under Family,Love,Mama,Personal

Hari ni 29hb Mei. Mama lahir 29hb Mei. Maknanya hari ni hari jadi Mama lah kan. Bangun tidur sebelum pergi kerja dah wish awal² dekat Mama. Time aku wish, abah pun wish sama jugak.

Kebetulan hari ni makcik sambut hari jadi anak dia and makcik hantar banyak lauk. Makcik dah warning awal² semalam hari ni takyah masak. So tadi tengah hari makcik hantar nasi minyak, ayam masak merah, lauk kari, daging. (perlu ke highlight? Perlu perlu supaya korang rasa lapar time baca entry ni HAHA). Fuhh semua marbeles lauk dia. Kiranya hari ni mama rehat dari masak lah.

Bukan tu je, makcik pun bawak kek untuk mama.

ANIS adalah nama gabungan semua ahli keluarga makcik. Cantik kan kek tu? Makcik buat sendiri tauuu.

Petang tadi pergi Pantai Kelanang, kira macam sambut hari jadi Mama lah. Kitorang spend time together gether sambil main badminton. Comel kan Mama main badminton dekat tepi pantai? Hihi.

Selalunya kalau ada hari jadi dalam keluarga aku, memang wajib makan luar untuk sambut. Tapi disebabkan dah banyak sangat lauk dekat rumah, Abah cakap makan luar esok malam. So esok kita kena puasa supaya malamnya boleh makan sampai kenyang. HAHA.

Tadi cari² gambar dalam pendrive gambar dengan Mama yang aku nak letak takda pulak. Pasang cable hp takleh detect pulak. So terpaksa lah letak gambar aku sorang. Takpe kan nak interprem? I LOVE YOU MAMA!

*Tengok cakap pasal lauk kan dah lapar balik. Dah la ayam masak merah lauk peberet. Dah nak pergi makan. Babaiii :P

Related Posts with Thumbnails

6 responses so far