Hari pertama di UiTM Segamat sesi Jun 2010
Dengan ini, saya Raracandyfloss, akan meng-update-kan blog Mieyabubbletalk[dot]com ini sepanjang sesi orientasi beliau di UiTM Segamat, Johor. Ecewah. Memandai pulak kan I nak update blog Mieya ni. Katapun kakak kan, you all pun mestilah rindu dan nak tahu perkembangan Mieya kan kan? Okay meh sini I cerita.
Mieya dalam keadaan okay saja. Cuma dia macam penat sebab terkejar-kejar. Masa makan pun kena cepat, lepas tu kena solat pun secara cepat-cepat juga, lepas tu mandi apa semua pun cepat-cepat. Hihi, dulu I pun macamtu juga. Mieya cakap bilik dia tak best. Sepanjang orientasi ni, Mieya kena tidur sorang T____T Kesian, kan? Sebab roomate Mieya tu senior, senior tu pulak next week kot baru masuk. I harap nanti Mieya boleh tukar bilik, at least dengan budak sama batch dengan dia.


Siapa yang study dekat UiTM Segamat, kalau nak cari Mieya, boleh refer nombor bilik seperti yang tertera di atas. LOL. I tengok nama blok dia terus ketawa berdekah-dekah. Apasal nama nak comel saja hoi? T________T


Semasa entri ini ditaip, Mieya dekat dalam dewan di atas ni ha. Ceramah ke apalah konon macam bagitahu apa yang boleh buat, apa yang tak boleh, apa yang boleh pakai, apa yang tak boleh pakai. Mieya bagitahu, tak boleh pakai tudung ekin ke apatah tu, kena pakai tudung bawal dan pin bawah ye. Eeish ketat betul undang-undang. Hihi. Habis nanti dah naik Sem 2, student mula tunjuk perangai, I tahu sangat.
Nanti Mieya bagi I gambar bilik dia, I update lagi ye :) Doakan Mieya supaya tak homesick!



Nanti bila dah masuk U atau kolej, pilih kawan betul² okay. Mula² tu aku suggest kan korang kawan dengan semua orang. Kenal dulu dorang macam mana. Dah lama sikit baru pilih yang mana kita boleh pilih sebagai kawan, yang mana kita boleh tinggalkan dia secara terkontang-kanting.
Kalau ada orang nak pinjam duit, fikir banyak kali. Macam mana nak fikir? Okay meh aku ajar. Sebelum bagi duit, set dalam hati ‘aku bagi duit ni secara ikhlas’. Ikhlas di sini maknanya korang tak harap duit tu dipulangkan. Sebab nanti kalau korang tak bagi secara ikhlas, korang mesti akan ungkit². So kalau bagi tak ikhlas, takyah bagi. Tapi jangan pulak dorang mintak RM1000 korang pergi bagi secara ikhlas. Aku dah cop awal² so bagi aku. HAHA.
Kalau salin nota, terpulang nak buat tulisan lawa atau buruk. Tapi kalau nak buat tulisan buruk, please jangan pasang mindset yang korang akan salin balik nota tu lepas habis kelas. Ini sangat tak digalakkan sebab akan bazirkan banyak masa.
Aku cadangkan korang baca dulu nota apa² yang patut sebelum belajar. Rasanya nanti akan dapat jadual belajar kan? Benda ni akan bantu korang. Contoh masa baca tu korang tak faham, nanti masa class korang boleh tanya kan? So takde lah korang sesat. Bak kata pepatah, malu bertanya sesat jalan.
Sediakan fail untuk simpan notes supaya korang tak terguna notes tu untuk buat lapik atas simen esp bila bumbung bilik korang bocor. Bagi perempuan, benda ni boleh elak supaya korang tak terguna untuk bungkus tuala wanita. HAHA.






