Archive for July, 2010

29 Julai

Jul 29 2010 Published by Mieya under Life,Love,Personal

Ada apa dengan 29 Julai ada apaaaaa?

Hari ni adalah hari anniversary aku dengan kakak tersayang. Anniversary disini bukan bermaksud hubungan cinta sejenis ye, tapi hubungan antara kakak dengan adik. Bukan hubungan ni takda perasaan cinta, ada. Cuma maksud aku bukan cinta yang terlarang tu. Haa faham tak? Hihi.

Walaupun Kak Rara kakak, tapi aku lagi besar dari dia T___________________T

Kak Rara, hari ni genap setahun hubungan kita sebagai kakak dan adik. Aik baru setahun? Apesal Mieya rasa macam dah lama sangat kita kenal? Ingat lagi tak masa mula² kita kenal? Masa tu kita berborak pasal kahwin, lepas tu borak pasal Kak Rara dengan Syafi. Mieya siap cakap lagi nak jadi pengapit Kak Rara kan? Hihi padahal masa tu kita baru je kenal.

Asyik borak dalam alam maya je, mestilah niat nak jumpa pun ada kan? 13 Disember 2009 kitorang jumpa mata bertentang mata dekat Kampung Baru. Lunch together-gether dengan family aku and Syafi. First time jumpa memang tersipu-sipu malu jugak lah time tu. Sepanjang berkawan,kitorang pernah jumpa dua kali je. Kali kedua dekat One Utama. Masa ni Kak Ynn ada sekali. Korangg, lepas ni kita jumpa lagi tauu lepastu kita ambik gabar banyak²! :)

Kak Rara, even kita kenal melalui blog, tapi serious Mieya senang berkawan dengan Kak Rara. Kak Rara tak sombong. selalu ada dengan Mieya tak kira susah atau senang. Kak Rara selalu bagi Mieya nasihat bila Mieya tengah down, bila Mieya tengah nangis. Mieya bersyukur sangat dapat kenal dengan Kak Rara.

Mieya harap hubungan kita ni akan kekal macam ini sampai bila². Kalau ada tak puas hati atau apa², terus je cakap tau tammo pendam². Sebab kalau pendam² takut lain pulak yang jadi. Lastly, i love you so much kakak! You are the greatest sister in the world. <3

2 responses so far

Bila orang yang kita sayang pergi tinggalkan kita,

Jul 27 2010 Published by Mieya under Pendapat,Santai

…untuk SELAMA-LAMANYA.

Apa korang rasa kalau benda ni jadi dekat korang? Sedih berbulan-bulan? Menangis sampai keluar air mata darah? Meratap pemergian si dia?

Classmate aku baru kehilangan bf dia. Semoga roh nya aman di sana. Patutlah semalam aku tengok kawan aku tu senyap dari yang biasa. Tapi aku tak tergerak hati pulak nak tanya kenapa. Isk. Bayangkan, korang spend time satu hari dengan si dia, lepas tu lebih kurang pukul 7 petang si dia hantar korang balik, lepas tu pukul 10 malam korang dapat tahu si dia kemalangan dan dah pergi tinggalkan kita untuk selama-lamanya. Apa perasaan korang?

Terharu? Terkilan? Benda ni lah yang jadi dekat kawan aku. Memang ajal dan maut di tangan Tuhan, tapi rasa terkilan tu tetap ada kan? Bf kita sanggup datang jauh-jauh nak jumpa kita, have fun and spend time together, dalam perjalanan pulang pulak dia kemalangan dan meninggal. Rasa bersalah dan terkilan mesti ada kan? Kalau aku kat tempat kawan aku tu, mesti aku akan rasa bersalah yang amat sangat, sedih tu jangan cakap lah. Tapi mintak-mintak benda macami dijauhkan lah. AMIN.

Apapun, kita tetap kena bersedia fizikal dan mental sebab kita taktahu bila ajal kita sampai. So selagi ada masa, selagi ada si dia dengan kita, hargai lah dia, sayangilah dia, cintai lah dia. Jangan bila si dia dah takda, baru nak menyesal. Time tu, menangis air mata darah sekali pun dia takkan datang balik dekat kita.

Jangan terlalu mengharap pada hari esok kerana takut hari esok takkan ada untuk kita. Jangan lepaskan peluang yang ada walaupun sedikit kerana takut sedikit itu takkan kembali kepada kita untuk selama-lamanya :)

Salam peluk cium dari Mieya untuk semua! <3

10 responses so far

Hak milik yang sangat berharga

Jul 23 2010 Published by Mieya under Family,Study,UiTM

Hai. Entry kali ni ditaip ketika berada di Segamat. Eceh. Saje nak bagitahu minggu ni tak balik rumah. HIHI.

First of all, nak say sorry sangat sangat sangat sebab dah jarang update blog sekarang ni. Well, busy lah kata kan. Baru beberapa minggu dekat sini, dah dapat banyak assignment. Terus assignment shock aku kat sini. Culture shock tak kena, assignment shock pulak aku kena. Setakat ni je, ada lebih kurang 8 asignment. Mana tak kena assignment shock?

Yayyy dah ada bluebear! Kesian aku ketinggalan keretapi. Orang lain siap dah buat koleksi blubear, aku baru dapat satu. Korang kena faham, kat Segamat ni keretapi KTM ye, bukan monorail mahupun ERL. (?)

Bantal bushuk busuk baru! Thank you bb. Nanti kalau rindu-rinduan boleh peluk. Kalau nangis-nangisan boleh tutup muka dengan bantal ni. Bukan tu je, boleh buat lap-lapan air mata dan hingus kalau nangis :P

Rindunya dengan budak ni! Selalu kalau telefon,benda pertama yang dia tanya mesti ‘tengah buat apa?’. Hihi. Eh yang lain pun mesti la rindu jugak. Mana boleh tak rindu. Jangan taktahu, Nani sekarang dah pandai online dah. Benda pertama dia bukak mesti lah Youtube, lepastu dia akan type ‘azzam’. Maklumlah, Azzam Idola Kecil dah jadi kegilaan dia sekarang. Comel kan? Tengok lah sape kakaknya. HAHAHAHA.

Harap sangat minggu depan boleh balik. Mengharap dan terus mengharap…

Related Posts with Thumbnails

6 responses so far