Archive for July 10th, 2010

Tempat beradu

Jul 10 2010 Published by Mieya under Study,UiTM

Hai. Aku dekat rumah sekarang ni. Baru dua minggu dah balik rumah? Hee rindu rumah kot :P Tapi esok balik Segamat dah. Isk isk.

Sepanjang aku dekat sana, serious aku rindu semua benda yang aku selalu buat sebelum masuk U terutamanya update blog. Serious rasa janggal bila sehari tak update blog. Yela, dulu tiap² hari perah otak nak update pasal apa semua. Bila tak update blog, otak aku rasa macam beku. LOL.

Aku rasa macam banyak gila benda aku nak cerita. Kalau aku cerita seminggu pun belum tentu habis. Tapi confirm entry² tu semua akan berbaur keluhan. HAHA kejam.

Okay first sekali meh la aku cerita pasal bilik. Macam entry yang Kakrara tolong update kan sebelum ni, aku dapat Kolej SMK iaitu Si Manja Kini. Kolej ni orang² manja je boleh duduk. HAHAHAHA. Nama² kolej dekat sini semua unik bagi aku. Untuk perempuan ada Si Manja Kini (SMK), Sempana Alam Buana (SAB), Zamrud, Intan, Baiduri dan Mutiara.Kolej lelaki pulak Sempana Riau (SR) dan Taming Sari (TS). Oh ye sepupu aku tak dapat sama kolej dengan aku, dia dapat SAB. Tapi kolej kitorang sebelah-menyebelah lah.

‘Ala macam ni je ke bilik nya?’. Ni ayat first keluar dari mulut masa first time jejak kali dalam bilik. Aku dah bayang² dah bilik aku macam hotel 5 star ke, kalau tak 5 star, 3 atau 4 star pun kira okay lah. Okay melampau kan?

Ni katil aku. Setakat ni kalau tidur aku belum pernah jatuh katil. Bantal peluk aku tu je pernah jatuh kati. Kesian bantal peluk.

Ni pulak meja belajar. Gambar ni aku ambik masa first day masuk UiTM. So barang² belum tersusun rapi lagi. So tolonglah faham ye :D

Ni pulak kira bahagian aku la. Dari katil, almari dan meja belajar semua aku punya. Penyapu penyodok pun aku punya jugak. Tapi nak kata aku sapu setiap hari tu tak jugak. HAHA.

*Baca ayat ni dengan nada sedih* Aku nak mengadu ni. Aku TAKDE room mate. TAKDE. Sedih weh. Masa mula² masuk dorang cakap room mate aku senior. Tapi punya tunggu senior semua dah masuk. Tapi apesal room mate aku takde haa apesalllll? Lepas tu dorang cakap room mate aku student second intake. Wuu. Nasib baik lah ada kawan aku yang teman aku tidur. Bukan nak cakap apa, tapi bila dah dengar macam² cerita, memang aku takut nak tidur sorang T___________________T

Jangan taktahu, kolej sektor C banyak Mona weh. Mona tu apa? Mona tu monyet. Serious banyak. Siap ada kes handphone and laptop hilang sebab monyet curi. Ingat student je nak belajar, Mona pun nak wehh. Baju besar baju kecik semua pun ada kes hilang tahu tak? Alalala comelnya Mona. Hihi.

UiTM Di Hati ku <3

Related Posts with Thumbnails

24 responses so far