New gadget
Hai hai hai. Teka aku di mana sekarang? HAHAHAHAHAHA.
Hari Sabtu lepas, 10 Julai 2010, gadget baru idaman hati telah selamat digenggam erat. Kali ni, aku nak try handphone yang ada qwerty keypad pulak. Slide dah pernah, touch screen pun dah pernah. So sekarang kiranya aku nak beralih arah la ni. Hanphone slide aku LCD dia dah selamat rosak. Mana tak nya, pergi bilik air pun bawak handphone. LOL.


Thank you Mama sebab belikan handphone ni untuk Mieya. Mieya sayang Mama sangat², ketat², banyak²! Mama selalu cakap, aku kalau pakai handphone mahal mana pun, tetap akan rosak. Agak sedih disitu. InsyaAllah kali ni Mieya akan jaga handphone ni sebaik mungkin ye Mama. I love you i love you i love you mmwaah mmwaah mmwaah! Opps terlebih pulak :P
Esok genap seminggu handphone aku ni. Kakrara siap tanya dah bagi nama ke belum. Unfortunately, belum lagi. Takde idea ni. Bila idea nak datang pun aku taktahu. And, aku belum explore langsung Nokia E72 ni. Mana tak nya, beli hari sabtu. Ahad dah balik Segamat. Bila dah dekat Segamat, jangan harap lah ada masa untuk menggodek² ni. Busy memanjang. Camera pun belum pro lagi. Nokia E72 ni berbeza sikit dengan Nokia yang aku guna sebelum ni, so jujur aku belum biasa lagi dengan Nokia E72 ni. Sobs sobs.
Jadual kuliah pack gila. Isnin sampai khamis ada kelas malam. Lepas tu assignment dah berlambak, memang takde masa lah kan nak online apa semua. Nasib baik Jumaat takde kelas. Kalau Sabtu Ahad takde aktiviti Jumaat boleh lah balik. HIHI suka sukaaaaa!
Sekarang ni, aku tengah bersemangat nak menghias leather bag tu. Terfikir macam nak letak blink². Nanti kalau dah siap menghias aku buat lah entry yea. Lepas tu kan, aku nak cari silicone casing la.

Nak warna pink. Hari tu dekat UiTM ada nampak sorang pakai silicone casing ni, warna biru. Lepas tu minggu lepas nampak dia pakai warna putih pulak. Aiseh saja je nak kasi aku jelez T_______________T

Kalau takde silicone casing pink, leather bag warna pink pun jadi lah. Tapi tu la, sekarang memang takde masa nak pergi mencari dan membeli. Sedih sedih. Ada sesiapa yang baik hati nak belikan tak? :P Tapi tak apa lah, buat sementara waktu ni guna dulu apa yang ada :)








