Bila orang yang kita sayang pergi tinggalkan kita,
…untuk SELAMA-LAMANYA.

Apa korang rasa kalau benda ni jadi dekat korang? Sedih berbulan-bulan? Menangis sampai keluar air mata darah? Meratap pemergian si dia?
Classmate aku baru kehilangan bf dia. Semoga roh nya aman di sana. Patutlah semalam aku tengok kawan aku tu senyap dari yang biasa. Tapi aku tak tergerak hati pulak nak tanya kenapa. Isk. Bayangkan, korang spend time satu hari dengan si dia, lepas tu lebih kurang pukul 7 petang si dia hantar korang balik, lepas tu pukul 10 malam korang dapat tahu si dia kemalangan dan dah pergi tinggalkan kita untuk selama-lamanya. Apa perasaan korang?
Terharu? Terkilan? Benda ni lah yang jadi dekat kawan aku. Memang ajal dan maut di tangan Tuhan, tapi rasa terkilan tu tetap ada kan? Bf kita sanggup datang jauh-jauh nak jumpa kita, have fun and spend time together, dalam perjalanan pulang pulak dia kemalangan dan meninggal. Rasa bersalah dan terkilan mesti ada kan? Kalau aku kat tempat kawan aku tu, mesti aku akan rasa bersalah yang amat sangat, sedih tu jangan cakap lah. Tapi mintak-mintak benda macami dijauhkan lah. AMIN.
Apapun, kita tetap kena bersedia fizikal dan mental sebab kita taktahu bila ajal kita sampai. So selagi ada masa, selagi ada si dia dengan kita, hargai lah dia, sayangilah dia, cintai lah dia. Jangan bila si dia dah takda, baru nak menyesal. Time tu, menangis air mata darah sekali pun dia takkan datang balik dekat kita.
Jangan terlalu mengharap pada hari esok kerana takut hari esok takkan ada untuk kita. Jangan lepaskan peluang yang ada walaupun sedikit kerana takut sedikit itu takkan kembali kepada kita untuk selama-lamanya :)
Salam peluk cium dari Mieya untuk semua! <3








