29 Julai
Ada apa dengan 29 Julai ada apaaaaa?
Hari ni adalah hari anniversary aku dengan kakak tersayang. Anniversary disini bukan bermaksud hubungan cinta sejenis ye, tapi hubungan antara kakak dengan adik. Bukan hubungan ni takda perasaan cinta, ada. Cuma maksud aku bukan cinta yang terlarang tu. Haa faham tak? Hihi.

Walaupun Kak Rara kakak, tapi aku lagi besar dari dia T___________________T
Kak Rara, hari ni genap setahun hubungan kita sebagai kakak dan adik. Aik baru setahun? Apesal Mieya rasa macam dah lama sangat kita kenal? Ingat lagi tak masa mula² kita kenal? Masa tu kita berborak pasal kahwin, lepas tu borak pasal Kak Rara dengan Syafi. Mieya siap cakap lagi nak jadi pengapit Kak Rara kan? Hihi padahal masa tu kita baru je kenal.
Asyik borak dalam alam maya je, mestilah niat nak jumpa pun ada kan? 13 Disember 2009 kitorang jumpa mata bertentang mata dekat Kampung Baru. Lunch together-gether dengan family aku and Syafi. First time jumpa memang tersipu-sipu malu jugak lah time tu. Sepanjang berkawan,kitorang pernah jumpa dua kali je. Kali kedua dekat One Utama. Masa ni Kak Ynn ada sekali. Korangg, lepas ni kita jumpa lagi tauu lepastu kita ambik gabar banyak²! :)
Kak Rara, even kita kenal melalui blog, tapi serious Mieya senang berkawan dengan Kak Rara. Kak Rara tak sombong. selalu ada dengan Mieya tak kira susah atau senang. Kak Rara selalu bagi Mieya nasihat bila Mieya tengah down, bila Mieya tengah nangis. Mieya bersyukur sangat dapat kenal dengan Kak Rara.
Mieya harap hubungan kita ni akan kekal macam ini sampai bila². Kalau ada tak puas hati atau apa², terus je cakap tau tammo pendam². Sebab kalau pendam² takut lain pulak yang jadi. Lastly, i love you so much kakak! You are the greatest sister in the world. <3








