Bila orang yang kita sayang pergi tinggalkan kita,
…untuk SELAMA-LAMANYA.

Apa korang rasa kalau benda ni jadi dekat korang? Sedih berbulan-bulan? Menangis sampai keluar air mata darah? Meratap pemergian si dia?
Classmate aku baru kehilangan bf dia. Semoga roh nya aman di sana. Patutlah semalam aku tengok kawan aku tu senyap dari yang biasa. Tapi aku tak tergerak hati pulak nak tanya kenapa. Isk. Bayangkan, korang spend time satu hari dengan si dia, lepas tu lebih kurang pukul 7 petang si dia hantar korang balik, lepas tu pukul 10 malam korang dapat tahu si dia kemalangan dan dah pergi tinggalkan kita untuk selama-lamanya. Apa perasaan korang?
Terharu? Terkilan? Benda ni lah yang jadi dekat kawan aku. Memang ajal dan maut di tangan Tuhan, tapi rasa terkilan tu tetap ada kan? Bf kita sanggup datang jauh-jauh nak jumpa kita, have fun and spend time together, dalam perjalanan pulang pulak dia kemalangan dan meninggal. Rasa bersalah dan terkilan mesti ada kan? Kalau aku kat tempat kawan aku tu, mesti aku akan rasa bersalah yang amat sangat, sedih tu jangan cakap lah. Tapi mintak-mintak benda macami dijauhkan lah. AMIN.
Apapun, kita tetap kena bersedia fizikal dan mental sebab kita taktahu bila ajal kita sampai. So selagi ada masa, selagi ada si dia dengan kita, hargai lah dia, sayangilah dia, cintai lah dia. Jangan bila si dia dah takda, baru nak menyesal. Time tu, menangis air mata darah sekali pun dia takkan datang balik dekat kita.
Jangan terlalu mengharap pada hari esok kerana takut hari esok takkan ada untuk kita. Jangan lepaskan peluang yang ada walaupun sedikit kerana takut sedikit itu takkan kembali kepada kita untuk selama-lamanya :)
Salam peluk cium dari Mieya untuk semua! <3









innalillah. tenangkn hati kwn kmu tu. ajal maut di tgn Allah. takdir Dia semua benda yg terjadi tu. yg hidup kena teruskn hidup.
[Reply]
Mieya
Reply:
July 27th, 2010 at 6:32 PM
InsyaAllah, tapi alhamdulillah mieya tengok dia tadi macam dah okay je. Dah boleh senyum. Yup betul tu, mieya setuju :)
[Reply]
innalillah..mesti kwn mieya tengah bersedihkan..
pape pon ajal maut jodoh semua di tgn ALLAH…ALLAH lebih sygkan bf dia.
dak eina´s last blog ..janjimu janjiku untukmu
[Reply]
Mieya
Reply:
July 29th, 2010 at 12:36 AM
Memang dia sedih sangat, dia cerita dekat mieya macam² sampai mieya rasa nak nangis sekali
[Reply]
innalillah.. sebaknya masa baca entry ni… semoga rohnya dicucuri rahmat…
liyana aziz´s last blog ..SABTU FOR QUALITY TIME
[Reply]
Mieya
Reply:
July 29th, 2010 at 12:37 AM
InsyaAllah. Dan semoga kawan mieya kuat tempuh ni semua T_T
[Reply]
salam takziah buat dia…
pasti ada hikmah disebalik semua tu..
dia mesti redha..
semoga dia tabah menghadapi ujian nie…
insya Allah…
aien´s last blog ..Thanks ya Kamoo!
[Reply]
Mieya
Reply:
July 29th, 2010 at 12:38 AM
InsyaAllah =’)
[Reply]
kalau dalam solat, kakrara selalu berdoa supaya biarlah kakrara pergi dulu sebelum orang-orang tersayang pergi dulu. doa tu memang wajib dalam setiap doa selepas solat kakrara tau T___________T tak sanggupnya nak hadapi benda macam tu. sobs. taknakkkkkkkkkk.
MINTAK DIJAUHKAN. AMIN.
Rara´s last blog ..OMG! So cute!
[Reply]
Mieya
Reply:
July 29th, 2010 at 12:41 AM
Ala kenapa Kak Rara doa macam tu? T___________________T
Kalau benda ni jadi dekat mieya, mieya taktau lah apa akan jadi dekat Mieya. Tapi serious kawan mieya tu kuat sangat! Dia cerita dekat mieya, mieya pulak rasa nak nangis. Dah la dorang bercinta dah 3 tahun.
Ya Allah tak sanggupnya nak hadapi benda macam ini. Mintak dijauhkan benda ni dari kita. AMIN.
[Reply]